Wednesday, September 28, 2011

Wordless Wednesday 2

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera


Monday, September 26, 2011

Pemergian abah


Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera

7 Syawal 1432h. 5 September 2011


Terasa seperti dia masih berada bersama kami. Menunjukkan kami jalan hidup yang perlu dilalui. Masih terdengar guraunya, nada marahnya, nasihatnya, arahannya ketika mahu kami melakukan sesuatu. Dia pergi tatkala kami masih melihat dia segar bugar melalui kehidupan harian bersama kami. Dia pergi ketika kasih sayangnya belum pernah berkurang untuk kami. Dia pergi meninggalkan pelbagai rancangan yang kami sekeluarga rangka bersama. Dia pergi disaat dia keghairahan membuat persediaan perkahwinanku. Dia pergi saat aku sedang bermimpi dia mewalikan aku dan menggenggam erat tangan bakal suamiku untuk di akad nikah.

Sungguh cepat abah pergi. Hanya itu yang mampu keluar dari mulut kami. Dengan usia 47 tahun. Dia pergi tanpa sebarang penyakit. Diakhir nafasnya, dia hanya mengadu pening kepala sahaja. Tidak sakit. Pemergiannya mudah sekali. Sampai ke akhir nya, dia tidak menyusahkan kami. Malah, kami lah yang banyak menyusahkannya. 


Ketika dugaan itu datang menimpa, kami terkedu. Orang yang selama ini menjadi tiang untuk berpaut bukan sekadar meninggalkan kami berempat. Meninggalkan emak, abah dan adik beradiknya terlebih dahulu. Dia bukan sekadar tiang kami sekeluarga, dia adalah tempat bergantung semua orang kerana dia anak lelaki tunggal tempat rujukan adik beradik perempuan.

Semua perkara yang aku lihat dengan pandangan mata ini mengingatkan aku padanya kerana selama ini dia lah yang membawa aku mengenal dunia. Mengajar aku berdikari. Membiarkan aku melangkah sendiri dengan kawalannya dari jauh. Membiarkan aku membuat keputusan sendiri dengan bijak. Dia cuma membetulkan serba sedikit apabila dirasakan perlu. Malah diakhir kehidupannya, dia membiarkan aku memandu sendirian dari Pekan ke Penang dengan lapang dada. Seolah-olah dia yakin bahawa anaknya mampu bergerak sendiri setelah ketiadaannya.


Akulah anak yang paling tidak kuat menghadapi pemergian abah. Selama hidup aku, hanya kata-kata dia yang aku pegang sebagai peringatan. Hanya kata-kata dia yang aku anggap tepat, betul dan bijak. Hanya arahan dia yang aku nampak rasional. 

Aku redha dengan ketentuannya. Tak perlu aku mengeluh pada Allah malah bersyukur, Dia mengambil abah aku dengan cara paling baik dan urusannya dipermudahkan. Maka nikmat Allah yang mana lagi yang aku dustakan. Semua dah cukup baik. What has happened to me has happened to others before me and will continue happened to those after me. Abah, doa-doa kami ni takkan putus menemani abah. Hanya itu yang kami mampu. Al-fatihah.








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...