Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera
Sejujurnya aku gembira apabila ditempatkan di Sarawak. Aku tidak keseorangan kerana 14 orang rakan sekelas aku akan bersama-sama. Ramai guru-guru opsyen matematik dihantar ke sana tahun ini.
Aku tersepit. Serba salah. Orang paling sunyi selepas pemergian abah tentulah mak. Dia mahu aku menemaninya disini, aku pula bersemangat mahu ke sana dengan alasan mahu mencari pengalaman. Aku serba salah.
Semasa pemergian abah, aku pernah berjanji aku serik tinggal jauh. Perjalanan 8 jam dari Penang ke Pekan memang meresahkan disaat ada jenazah yang sedang menanti. Aku fobia sangat.
Aku, mak dan ahli keluarga lain sudah berusaha untuk memohon penempatan guru baru di Pahang. Tapi tidak berjaya.
Aku takut. Aku takut apabila sesuatu terjadi dekat mak. Aku takut tak berada disisi dia, aku takut tak sempat pulang ke semenanjung. Aku takut dipersalahkan kerana tetap mahu ke Sarawak.
Hidup ini sungguh menduga. Aku cuma rindu abah !