Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera
24 Julai 2006 - 23 November 2011
Tak pernah aku sangka akan ada persahabatan sehebat ini. Ada 10 orang kawan perempuan serentak. Bukan sekadar kawan. Lebih dari itu..
Kita bermula dengan keakraban. Di pertengahan hubungan kita sedang melalui proses menonjolkan kekurangan dan kelebihan diri. Kita bukan sempurna selalu. Kita bergaduh, berselisih pendapat, kadang-kadang bermasam muka. Kita berjaya lalui dugaan itu. Kita terima seadanya 10 ragam berbeza. Buat apa nak marah atas kekurangan rakan-rakan, kerana kita juga belum tentu terlalu baik untuk mereka. Sahabat la tu jika mereka membutakan mata dan hati melihat perangai buruk kita, menerima seadanya. Perpisahan ini manis dan indah untuk aku kenang.
Kemudian Iwa dan Fairuz hadir melengkapkan kita. Adik-adik kesayangan selalu jadi keutamaan. Jadi tempat dibuli dan selalu membalas balik.
Aku akan rindu Anis. Roommate yang sekelas, sebilik, sedaerah, dan senegeri dengan aku. Walau kadang kita tak sekepala tapi kita saling memahami. Ko boleh kongsi benda yang sama tentang perangai aku dengan family aku. Sebab ko terlampau faham.
Aku akan rindu Yana. Berbual dengan ko 4 pagi. Dari ko la aku banyak berubah sebenarnya. Walaupun ko tak mahu dipanggil 'kakak', tapi ko la kakak aku dari kematangan, idea, dan pengalaman hidup.
Aku akan rindu Huda. Sanggup bersusah payah dengan aku, sebab aku akan buat perkara yang sama dekat ko. Kadang-kadang jadi saksi aku mengigau. Rindu untuk berbaring di bilik ko berjam-jam.
Aku akan rindu Tipah. Berhati lembut walaupun nampak ganas. Perangai ko, terlalu banyak buat kami geli hati. Ko paling unik diantara kita.
Aku akan rindu Elda. Pernah susah senang bersama aku. Berhujan panas bersama. Buat 'critical path' pasal hubungan cinta ko, aku takkan lupa. Aku gembira tengok kebahagiaan hidup ko sekarang.
Aku akan rindu Anna, tak pernah lupa bawa makanan untuk kami yang jarang balik kampung. Berkongsi pengalaman rumah tangga dengan kami. Melayan jenaka-jenaka kami tentang alam perkahwinan.
Aku akan rindu Syikah. Kadang-kadang blur.. jarang bercakap pot pet pot pet macam yang lain. Tapi sesekali keluar ayat, hebat jugak !!!
Aku akan rindu Lya. Kita sangat banyak persamaan. Warna biru, berebut kentang, macam-macam yang sama. Aku takkan lupa tarian Wawasan 2020 yang kita cipta malam sebelum exam KISSM.
Aku akan rindu Kema. Selalu merapu. Dengan suara keanak-anakan ko tu selalu buat orang rasa nak mengejek. Ingat tak birthday ko kami siram air jagung ?? HAHA.
Kak Skieyn akan rindu Iwa dan Fairuz. Tengok nasi goreng sotong pun rasa nak menangis. Dengar lagu Mr Simple pun rasa sedih. Akan rindu bila teringat Fairuz selalu suruh dengar lagu yang Fairuz suka kat youtube. Akan rindu korang berdua bila tengok 'keroppi', 'tabung bear' dan frame kita semua 12 orang.
Aku akan rindu kita jalan sama ke kelas
Aku akan rindu suasana kita dalam kereta bila nak kemana-mana
Aku akan rindu suasana buat assignment
Aku akan rindu kita rotate pinggan, tadah tangan baca doa makan
Aku akan rindu SEMUA dalam 5 tahun 3 bulan 4 minggu 2 hari