Thursday, June 30, 2011

Engagement Day Review : Handbouquet

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera

Aku demam tak bangun-bangun sejak balik dari Pulau Payar. Oleh kerana aku dah puas tidur, aku nak buat review tentang e-day aku. Aku buat yang termampu dahulu sebab gambar dari OP tak dapat lagi dan aku memang tiada gambar langsung sebab guna kamera bff aku. Aku mula kan dengan handbouquet.

Beberapa bulan lepas aku ada join contest Hana Zakaria Wedding Planner di facebook. Contest gambar paling stylo dan pemenang dikira berdasarkan LIKE terbanyak. Gigih la aku join pastu pergi memancing undi kat semua kawan-kawan kat facebook. Aku join atas name Mr white. Akhirnya dapat no 3. Hadiahnya Handbouquet (Fresh Flower) | worth RM 200. Jimat dah kos e-day aku. Thanks kawan-kawan yang tolong like.


En Osman (nama facebook bukan nama sebenar)

Sehari sebelum handbouquet dipos kepada aku, Hana da upload gambar dekat facebook. Excited bukan main lagi aku. Hana pos hari rabu, e-day on saturday. Hari khamis Hana sms tanya dah sampai ke belum handbouquet tu. Malangnya belum sampai. Aku maintain cool sebab banyak sangat perkara nak fikir. Jumaat belum sampai lagi, aku dah redha dah. Kalau xde pun tak mengapa la. Memang bukan rezeki aku la tu. Hana call Gdex untuk tanya status penghantaran. Bunga da sampai HQ Gdex dekat Kuantan. Redha je la....


Hari isnin selepas e-day, handbouquet sampai. Pekerja Gdex tu minta maaf tapi sempat lagi marah aku sebab dia kata kalau bungkusan macam ni kena tulis 'alert' kat atas. Aik ?? bukan dijamin sampai dalam satu hari ke ?? tak kira la penting ke tidak. Kami bayar untuk services anda yea.

Walau apa pun, thanks Hana dan kawan -kawan di facebook sebab merealisasikan impian aku untuk dapat handbouquet ni.

Thursday, June 16, 2011

Video pre-wed amatur

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera

Yeay !! blog baru.....lagi. Dalam masa sehari je aku ambil keputusan buat blog. Sehari lagi edit sana sini. Siap !! My wedding blog.

Kalau nak buat blog korang cantik, kemas, sedap mata memandang.. sila lah terjah blog-blog ini. Ada banyak tutorial tak berapa nak mudah kalau korang baru nak belajar, tapi bila dah lama-lama main dengan code html, mudah je sebenarnya.
  1. Belog Cap Ayam
  2. Geek In The Pink!
  3. Nurul Fatihah
  4. Huda Luna
  5. Ikahoneybunny's blog
  6. Blog Zirahfah
  7. Edriena Hazelina
  8. Cik Tom
  9. Anis Nutella
  10. Blogger Plugins
Cari tutorial mereka dan cuba buat. Good luck ! Oh. Biar aku terangkan perbezaan researcher dan copycat.
Researcher : Cari bahan dan idea dari pelbagai sumber dan hasilkan sesuatu yang baru.
Copycat : Jumpa satu sumber dan buat 90% sama macam sumber tersebut
Kepada blogger-blogger di atas, terima kasih kerana berkongsi ilmu.

Ini pula video pre-wedding kawan baik aku. Anna dan Muz. Masa Anna minta buatkan video ini, aku macam..."anna ni da gila gamaknya!" Edit gambar aku boleh la. Buat video, pernah sekali. Itupun 3 tahun lepas. Beraninya dia tanggung risiko suruh aku buat video dia. Nasib baik berganding bahu dengan Husna untuk buat video ini.


Thanks bob kerana meminjamkan dslr. Thanks Anna dan Muz sebab merisikokan diri memilih kami jadi videographer. Kerja-kerja amatur je ni, kalau ada kelemahan pejam mata je la yea..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...