Thursday, June 16, 2011

Video pre-wed amatur

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera

Yeay !! blog baru.....lagi. Dalam masa sehari je aku ambil keputusan buat blog. Sehari lagi edit sana sini. Siap !! My wedding blog.

Kalau nak buat blog korang cantik, kemas, sedap mata memandang.. sila lah terjah blog-blog ini. Ada banyak tutorial tak berapa nak mudah kalau korang baru nak belajar, tapi bila dah lama-lama main dengan code html, mudah je sebenarnya.
  1. Belog Cap Ayam
  2. Geek In The Pink!
  3. Nurul Fatihah
  4. Huda Luna
  5. Ikahoneybunny's blog
  6. Blog Zirahfah
  7. Edriena Hazelina
  8. Cik Tom
  9. Anis Nutella
  10. Blogger Plugins
Cari tutorial mereka dan cuba buat. Good luck ! Oh. Biar aku terangkan perbezaan researcher dan copycat.
Researcher : Cari bahan dan idea dari pelbagai sumber dan hasilkan sesuatu yang baru.
Copycat : Jumpa satu sumber dan buat 90% sama macam sumber tersebut
Kepada blogger-blogger di atas, terima kasih kerana berkongsi ilmu.

Ini pula video pre-wedding kawan baik aku. Anna dan Muz. Masa Anna minta buatkan video ini, aku macam..."anna ni da gila gamaknya!" Edit gambar aku boleh la. Buat video, pernah sekali. Itupun 3 tahun lepas. Beraninya dia tanggung risiko suruh aku buat video dia. Nasib baik berganding bahu dengan Husna untuk buat video ini.


Thanks bob kerana meminjamkan dslr. Thanks Anna dan Muz sebab merisikokan diri memilih kami jadi videographer. Kerja-kerja amatur je ni, kalau ada kelemahan pejam mata je la yea..

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...