Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera
Aku demam tak bangun-bangun sejak balik dari Pulau Payar. Oleh kerana aku dah puas tidur, aku nak buat review tentang e-day aku. Aku buat yang termampu dahulu sebab gambar dari OP tak dapat lagi dan aku memang tiada gambar langsung sebab guna kamera bff aku. Aku mula kan dengan handbouquet.
Beberapa bulan lepas aku ada join contest Hana Zakaria Wedding Planner di facebook. Contest gambar paling stylo dan pemenang dikira berdasarkan LIKE terbanyak. Gigih la aku join pastu pergi memancing undi kat semua kawan-kawan kat facebook. Aku join atas name Mr white. Akhirnya dapat no 3. Hadiahnya Handbouquet (Fresh Flower) | worth RM 200. Jimat dah kos e-day aku. Thanks kawan-kawan yang tolong like.
En Osman (nama facebook bukan nama sebenar) |
Sehari sebelum handbouquet dipos kepada aku, Hana da upload gambar dekat facebook. Excited bukan main lagi aku. Hana pos hari rabu, e-day on saturday. Hari khamis Hana sms tanya dah sampai ke belum handbouquet tu. Malangnya belum sampai. Aku maintain cool sebab banyak sangat perkara nak fikir. Jumaat belum sampai lagi, aku dah redha dah. Kalau xde pun tak mengapa la. Memang bukan rezeki aku la tu. Hana call Gdex untuk tanya status penghantaran. Bunga da sampai HQ Gdex dekat Kuantan. Redha je la....
Hari isnin selepas e-day, handbouquet sampai. Pekerja Gdex tu minta maaf tapi sempat lagi marah aku sebab dia kata kalau bungkusan macam ni kena tulis 'alert' kat atas. Aik ?? bukan dijamin sampai dalam satu hari ke ?? tak kira la penting ke tidak. Kami bayar untuk services anda yea.
Walau apa pun, thanks Hana dan kawan -kawan di facebook sebab merealisasikan impian aku untuk dapat handbouquet ni.
0 comments:
Post a Comment